Digi Dapat Kebenaran Pemegang Saham Penggabungan Dengan Celcom

Digi Dapat Kebenaran Pemegang Saham Penggabungan Dengan Celcom

Digi Dapat Kebenaran Pemegang Saham Penggabungan Dengan Celcom

Digi Dapat Kebenaran Pemegang Saham Penggabungan Dengan Celcom

Tradermalay.com – Digi.Com Bhd (Digi) mengumumkan pemegang sahamnya meluluskan cadangan penggabungan operasi telekomunikasinya dengan Celcom Axiata Bhd pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang diadakan semalam.

Digi berkata, kelulusan pemegang saham Digi dan Axiata Group Bhd (syarikat induk Celcom) adalah antara langkah terakhir dalam proses kelulusan penggabungan yang dicadangkan selepas diluluskan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bursa Malaysia Bhd.

“Makluman rasmi mengenai keputusan EGM akan dibuat kepada Bursa Malaysia sebaik sahaja pasaran dibuka semula pada minggu depan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Apabila selesai, syarikat induk Axiata dan Digi, Telenor ASA masing-masing akan memegang pemilikan sama sebanyak 33.1 peratus dalam syarikat yang baru digabungkan itu, yang dicadangkan untuk dinamakan sebagai Celcom Digi Bhd.

Menurut Axiata, entiti penggabungan akan terus disenaraikan di Bursa Malaysia, dan dijangka meningkatkan mudah tunai dan profil bursa sebagai satu daripada syarikat teknologi terbesar di Malaysia dan merupakan antara syarikat pemodalan pasaran terbesar di bursa tersebut.

Entiti penggabungan itu akan dianggap sebagai penyedia perkhidmatan telekomunikasi terkemuka di Malaysia dari segi nilai, perolehan dan keuntungan; dengan perolehan proforma kira-kira RM12.4 bilion, pendapatan prasinergi sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) entiti gabungan itu adalah kira-kira RM5.7 bilion dan dianggarkan merekodkan 19 juta pelanggan, tambah Axiata.

Untuk terus mengemas berita kini tentang mata wang crypto, kongsi dan juga  perniagaan. Anda boleh menyemak Tradesia dan Tradesia Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *